• 71, SS21/37, Damansara Utama, 47400, Petaling Jaya, Selangor
  •           
  • +60 17-3613 715

Macam mana nak tahu Ray-Ban yang fake

RAY BAN ORIGINAL

Hai korang semua. Hari ini kita akan belajar sesuatu yang baru. Apa dia tu? Macam mana nak tahu Ray-Ban yang fake. Ray-Ban yang fake atau maksudnya palsu selalu je kita jumpa. Kebanyakkan yang fake pula macam susah nak bezakan sebab different nya memang tak banyak. So, ni ada beberapa tips macam mana nak detect Ray-Ban yang fake.

Yang pertama, cari kekurangan pada cermin sunglasses tersebut. Kalau terdapat kesan calar ataupun permukaan yang tak rata, makna nya Ray-Ban tersebut adalah fake. Selalunya, cermin Ray-Ban akan dipotong daripada sekeping acetate dan di polish menggunakan tangan. Kedua, korang try rasa berat sunglasses tersebut. korang cuba belek-belek dengan mengangkat dan melambung sunglasses tu. Setiap sunglasses Ray-Ban mempunyai berat yang tersendiri di mana korang dapat rasa berat Ray-Ban original lebih kukuh dan padat.

Ray-Ban-original

Ok next, kalau korang nak tahu Ray-Ban tu fake ke tak, tengok pada engravings “Ray-Ban” dekat corner glasses dia. Engravings tu sepatutnya sharp, berkilat dan dibuat dengan teliti. Ini adalah kerana setiap engravings tu dikira macam signature bagi setiap satu Ray-Ban sunglasses. Lagi satu, korang juga perlu check lagi satu signature iaitu tulisan “Ray-Ban” yang tertulis pada ‘lengan’ sunglasses atau dipanggil temple arm. Tulisan tersebut mestilah cleanly, dibuat secara professional dan terletak.

Ray-Ban yang fake juga dapat dilihat daripada sticker sunglasses tersebut. Sticker yang original mempunyai kualiti yang tinggi dan bagus, dengan warna hitam dan gold, bukannya kuning. Korang boleh detect sticker yang fake bila mana sticker tersebut mempunyai masalah seperti text yang hilang atau ejaan yang tak betul, logo Ray-Ban tak center dan tidak mengikut bentuk yang sepatutnya, dan lastly sticker tersebut digam oleh sticker biasa. Biasanya sticker dia akan di attach menggunakan static dan bukan menggunakan sticker yang biasa. Ada juga sesetengah Ray-Ban original sunglasses tidak mempunyai sticker. Kalau tak ada sticker, korang boleh check Ray-Ban tersebut berdasarkan signature atau pun ciri-ciri lain.

Yang terakhir sekali, kalau nak tahu Ray-Ban korang original atau pun tidak, pastikan korang dapatkan Ray-Ban korang daripada licensed retailers. Make sure korang hanya beli Ray-Ban yang high quality, bagus dan diiktiraf oleh Ray-Ban corporation.

Ray-Ban-certified

Guideline untuk mengetahui sama ada Reseller tu certified ke tak

                                                                                      Ray-Ban-certified-reseller

Certified Reseller Guideline

                                                                                       Ray-Ban-certified-reseller-sticker

Contoh sticker yang patut ada di setiap depan kedai Reseller yang diiktiraf

Salah satu tempat untuk korang dapatkan Ray-Ban original adalah di Malaya Optical. Malaya Optical merupakan retailers yang berlesen dan diiktiraf oleh Ray-Ban corporation. Jangan lupa, datang ke mana-mana cawangan Malaya Optical dan hanya dapatkan koleksi Ray-Ban yang original je tau.

GET APPOINTMENT

Professional Optometrist & Designer Eyewear