Setiap masa pasti ada je gaya atau fesyen yang selalu bertukar dan setiap fashionista mesti takkan lepaskan peluang untuk mengikuti fesyen
dan trend semasa. Korang pun mesti ada fesyen yang tersendiri, betul tak? Fesyen atau gaya ni boleh menyerlahkan personaliti seseorang. Salah satu fesyen atau gaya yang tak pernah lapuk dek zaman adalah Street Style. Street Style jadi pilihan disebabkan oleh gaya yang diterapkan simple dan easy-to-wear. Kebanyakkan fashionista dan fashion designer sekarang ni menjadikan Street Style salah satu gaya tidak kira la untuk keluar bersiar-siar sehinggalah ke pentas peragaan. Wow!
Kebanyakkan penggaya Street Style memakai pakaian seperti t-shirt, jeans, dan juga cermin mata hitam. Bercakap pasal cermin mata hitam, tak kira la Street Style ke atau pun lain-lain gaya, sunglasses dapat menambahkan gaya dan fesyen seseorang. Contohnya dalam masakan, garam dapat menambahkan rasa begitu juga sunglasses, ia dapat menambahkan ‘rasa’ dalam sesuatu style tersebut. Pemilihan cermin mata juga amat penting berdasarkan style yang digayakan.
Mari kita lihat beberapa contoh Street Style yang digayakan oleh celebrity luar negara dan dalam negara. Terdapat juga gaya Street Style yang digayakan oleh fashionista yang boleh dijadikan sebagai inspirasi korang-korang semua.
Kalau korang tengok gambar-gambar diatas, kebanyakkan mereka mengayakan Street Style mengikut citarasa masing-masing dan semestinya memakai sunglasses bagi menambahkan lagi gaya Street Style mereka. Contoh sunglasses yang mereka pakai adalah dari jenis Aviator, Wayfarer, Clubmaster dan sebagainya. Korang jugak boleh pakai sunglasses dari style yang berbeza seperti Butterfly, Cat Eye, Google, Oval, Pilot, Rectangle, Round, Rimless dan banyak lagi. Kalau korang nak tiru macam diorang, bolehlah datang sendiri ke Malaya Optical dan dapatkan sunglasses yang sesuai dengan muka dan gaya korang. Korang juga boleh usha-usha blog The Sartorialist sebagai inspirasi korang.