• 71, SS21/37, Damansara Utama, 47400, Petaling Jaya, Selangor
  •           
  • +60 17-3613 715

Koleksi Lindberg

Lindberg mempunyai beberapa jenis koleksi yang mempunyai spesifikasi yang berbeza. Antara koleksi yang ada ialah Spirit, Strip3p, Air, N.O.W, Acetanium, Buffalo, Kanak-kanak/remaja, MøF, Lindberg Sun dan Lindberg Precious. Setiap koleksi ini mempunyai reka bentuk tersendiri dan boleh diubahsuai mengikut muka setiap individu.

https://www.youtube.com/watch?v=KrjjG_QCQAI

Spirit Titanium

Dikenali sebagai LINDBERG klasik. Ia adalah kacamata tanpa bingkai yang sangat ringan dan mempunyai berat serendah 1.9 gram. Sebuah “sistem binaan” yang menyeluruh dimana setiap jenis kaki cermin mata ini mempunyai rekaan yang berbeza dan diperbuat daripada dawai titanium, plat atau titanium dan kombinasi acetate. Acetate adalah plastik berasaskan nilon, yang bermaksud ia adalah lebih kuat, lebih tahan lama, dan fleksibel daripada plastik biasa. Koleksi spirit titanium ini mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan warna alur pilihan, yang membolehkan ia diubahsuai tanpa had.

 

Strip3p Titanium

Reka bentuk “streamlined” ini memberi kesan terhadap kelajuan dan memudahkan pergerakan kepada pengguna. Ianya sangat ringan dan hampir tidak kelihatan jika dipakai. Strip3p adalah kaca mata tanpa bingkai yang terkini dan minimalis dengan pilihan kanta berwarna, “temple” yang menyerlah, warna alur yang kelihatan dan bentuk yang unik serta menyegarkan. Reka bentuk “temple” membuatkan ia lebih menonjol, manakala teknik “front mounting” membolehkan pengguna dengan preskripsi tinggi untuk merasa selesa dan ringan apabila memakai kaca mata tanpa bingkai.

Air Titanium

Sebagai kaca mata tanpa bingkai titanium yang pertama di dunia, air titanium adalah perintis reka bentuk minimalis yang diubah daripada klasik serta memberi persepsi baru mengenai reka bentuk kaca mata. Ia mempunyai “sistem binaan” yang menyeluruh iaitu pelbagai bentuk, warna alur, warna “temple” dan pelbagai jenis kepanjangan. Air titanium diperbuat sepenuhnya daripada wayar titanium. Berat bingkai adalah serendah 2.7 gram dan menyerlahkan keperibadian pemakainya tanpa mendominasi muka.

Air Titanium Rim

Sebuah bingkai rim penuh yang sangat fleksibel, kuat, dan ringan. Ianya diperbuat sepenuhnya daripada wayar titanium dengan berat serendah 3 gram. Reka bentuknya amat unik dan elegan sentiasa. Sangat mudah disesuaikan mengikut muka pengguna serta penampilan. Air titanium rim adalah LINDBERG klasik yang sebenar. Satu reka bentuk asal yang sentiasa menjadi kontemporari dan bergaya.

 

N.O.W Titanium

N.O.W titanium menggabungkan komposit depan yang amat nipis dan “temple” titanium yang sangat ringan ke dalam reka bentuk minimalis mereka. Secara halusnya, reka bentuk ini tidak terlalu berlebihan dan amat menyenangkan daripada gabungan komposit tradisional dan nilon. Berat bingkai ini adalah daripada serendah 2.3 gram, dan bahan komposit khas ini mempunyai warna lutsinar yang digilap. Warna “temple” titanium ini boleh diubah untuk menjadikan ia menyerlah ataupun sekata.

Strip Titanium 7000

Adalah kaca mata separuh bingkai yang mempunyai wajah hadapan yang unik gabungan daripada “laser-cut” plat titanium dan benang nilon yang menyokong setiap kanta. Hasilnya, bingkai yang ringan dan tidak terlalu kelihatan ini digabungkan dengan permukaan titanium yang menarik perhatian dan mengekalkan gaya minimalis LINDBERG yang terkenal.

Strip Titanium 9500

Strip 9500 adalah reka bentuk kaca mata moden yang terkini dan bergaya menggunakan plat titanium. Ia memberi keselesaan yang sama kepada pemakainya seperti bingkai LINDBERG yang lain. Berat bingkai ini serendah 2.9 gram sahaja. Koleksi ini terdiri daripada model yang berbeza dalam beberapa saiz dan pelbagai warna dengan permukaan berkilat atau “matte”.

Strip Titanium 9700

Satu reka bentuk yang tersendiri di mana rim dalamannya ialah acetate dipasang secara elegan sebagai salah satu bahagian untuk bingkai titanium. Teknik pemasangan ini menambah rasa unik yang mendalam kepada bingkai. Rim dalaman yang licin ini boleh didapati dalam pelbagai warna

Strip Titanium 9800

Strip titanium 9800 mencampurkan LINDBERG plat titanium dan reka bentuk acetate dalam reka bentuk gaya hadapan yang halus. Bahagian atas rim yang amat ketara, ditambah dengan skru bebas bahagian hadapan yang unik di mana asetat ditetapkan di bingkai titanium.

Acetanium

Reka bentuk acetanium adalah satu reka bentuk LINDBERG yang maju dalam pengetahuan titanium dan acetate,  dan tahu bagaimana untuk menggabungkan bahan-bahan tersebut untuk membawa satu reka bentuk bingkai moden ke tahap yang baru. “Nose bridge” titanium boleh menampung bingkai untuk disepadan dengan sebarang kelengkungan kanta, dan penyesuaian peribadi LINDBERG sentiasa boleh dicapai.

Buffalo Titanium

Koleksi eksklusif yang diperbuat daripada pelbagai lapisan tanduk kerbau asli, buatan tangan dalam 152 proses untuk membawa keluar nuansa individu dalam warna dan tanda-tanda bahan tersebut. Ini bermakna tidak ada dua bingkai sepenuhnya sama. “Temple”, “hinge” dan “bridge insert” semua diperbuat daripada titanium yang sangat ringan, membuatkan bingkai tanduk klasik yang anggun ini dilaraskan. Ia menambah ciri reka bentuk moden yang tersendiri.

Træ+Buffalo Titanium

LINDBERG seterusnya menggabungkan buffalo titanium yang memenangi anugerah dengan kayu eksklusif. Terdapat empat jenis kayu iaitu Olive, Padauk, Ebony dan Smoked Oak. Rawatan khas dibuat untuk menjadikan teksturnya seperti kayu dan warna semula jadi seterusnya memberikan wajah yang unik untuk setiap bingkai.

Kanak-kanak/Remaja

Direka khas untuk memenuhi citarasa kanak-kanak bergaya dan remaja. Dengan tahap  ketahanan yang tinggi, fleksible, selesa, ringan dan menyenangkan, bingkai ini sesuai untuk kanak-kanak aktif dan remaja. Bingkai Kanak-kanak/Remaja berdasarkan reka bentuk dalam air titanium rim, strip titanium, dan acetanium. Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk, warna dan saiz. Menggunakan hanya bahan yang paling tulen, “hypoallergenic”, LINDBERG koleksi kanak-kanak/remaja sangat sempurna untuk semua peringkat umur.

MøF Titanium

Memperkenalkan konsep kaca mata pelbagai fungsi yang pertama di dunia. Kanta ditukar ganti dan sistem dalaman-rim. Satu bingkai yang sangat peribadi dan boleh digabungkan dengan pelbagai kanta memberikan anda penglihatan yang sempurna dalam apa jua keadaan. Dengan sekelip mata anda boleh menukar kanta satu arah anda ke kanta progresif mengikut keperluan dan masa. Sama ada anda memandu, membaca atau menjalani aktiviti lain seperti mendaki, ski, bermain golf atau belayar.

Lindberg Sun

Seperti lain, Lindberg juga mempunyai cermin mata hitam miliknya sendiri. Memeluk falsafah LINDBERG daripada kaca mata kualiti premium dan reka bentuk tersendiri. Sama ada anda lebih suka cermin mata hitam empat segi atau bulat, kecil atau besar, pereka LINDBERG memastikan bahawa anda mempunya sepasang cermin mata yang sempurna untuk citarasa yang unik.

Lindberg Precious

Ini koleksi LINDBERG yang premium. Ia salah satu koleksi kaca mata antarabangsa yang paling eksklusif, berprestij dan cantik di dunia. Bingkai LINDBERG Precious diperbuat daripada 18 ct pepejal emas, platinum atau tanduk kerbau, dan juga boleh dihiasi dengan berlian. Setiap bingkai adalah buatan tangan dan direka secara individu mengikut muka pemakai.